Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you.

Perkara-perkara yang menyebabkan Mandi Wajib




^_^ Perkara-perkara yang menyebabkan Mandi Wajib ialah ketika seseorang itu berhadas besar.

Di antara perkara-perkara yang termasuk dalam hadas besar yang menyebabkan wajibnya mandi ialah:

1.Keluar air mani
samada jaga atau ketika tidur.

2.Bersetubuh (
orang yang telah melakukan persetubuhan “ halal maupun zina” sama ada keluar mani atau pun tidak ).

3. Keluar darah haid.

4. Nifas (darah seorang wanita yang keluar selepas beranak)

5. wiladah (seseorang wajib mandi wajib semasa melahirkan anak, sama ada kering ataupun basah, hidup ataupun mati.)

6. Mati (iaitu orang yang meninggal dunia wajiblah ia dimandikan oleh orang yang hidup).

^_^  cara-cara mandi wajib:

1.     Membaca Bismillah dan mulakan dengan membasuh kedua tapak tangan serta mengambil wudhu' lebih dahulu sebelum mandi.
2.     Berniat. (maksudnya: Sahaja aku menmgangkat hadas besar semata-mata kerana Allah Taala)

Nota: Ketika berniat ialah ketika mencurah air ke atas kepala bagi kali yang pertama, ketika inilah masa wajibnya berniat) di dalam hati.

3.      menghilangkan najis dari anggota badan dan membasuh kemaluan dn bahgaiann sekelilingnya dan membersihkan celah-celah dan liptan kulit anggota tubuh badan hu dengan sempurna spt ketiak, celah kangkang dan perut pusat dan sebagainya

4. Meratakan air pada keseluruhan anggota badan hingga meliputi kepala dan rambutnya.

    J   Mendahului anggota yang kanan dari anggota yang kiri.

   
J   Mengulangi pebuatan itu sebannyak 3 kali.

   
J  Menutup aurat ketika mandi.

   
J  Wanita yang mandi wajib haid dan nifas hendaklah diiringi dengan meletakkan wangian (seperti wangian kasturi) di tempat keluar darah haid (lubang faraj).

5.Doa selepas berwudhu.

^_^Perbezaan Darah Haid Dan Istihadhah:

 è Darah Haid: iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan yang sihat bukan kerana sakit, luka atau cedera. Kebiasaannya apabila meningkat umur 9 tahun hingga 13 tahun. Tempoh lama haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam, menurut kebiasaan 7 hari 7 malam. Apabila lebih dari 15 maka itu bukan darah haid lagi tapi darah istihadhah.

èDarah istihadhad: .ialah darah penyakit yang keluar dari faraj perempuan yang merupakana sejenis darah penyakit. Darah ini keluar dari rahim perempuan yang melebihi 15 hari dan malamnya atau kurang 24 jam dari tempoh haid dan nifas. Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan mandi wajib. Perempuan yang mengalami keadaan ini hendaklah membasuh, mengikat atau membalut tempat keluarnya dan berwudu’ setiap kali hendak mengerjakan shalat.

*Nota: perempuan yang haid dan nifas haram melakukan perkara yang wajib dan sunnah. Tetapi perempuan yang istihadhah boleh melakukan perkara yang wajib dan sunnah.



Semoga bermamfaat

2 comments:

  1. maksud menutup aurat ketika mandi tu macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya tak "bogel" (maaf kalau bahasa kasar)ada pakai kain basahan...

      Delete