Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka...
Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini...
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan"
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat...
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat...
Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik...
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok...
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut...
Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak...
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun...
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak...
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan...
Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya...
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi...
Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat...
Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la...
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas...
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam...
Lia: :(
No comments:
Post a Comment