Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you.

Adab-adab di Hari Raya

  Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi Adab-adab hari raya. Semoga perkongsian ini dapat memberi mamfaat. Sesiapa yang mencari guru mengaji atau fardhu ain boleh call atau wasap no 0137437641


1. Mandi dan memakai wangi-wangian serta memakai pakaian terbaru 

2. Disunatkan datang awal ke masjid pada pagi hari raya

3. Pada hari raya puasa disunatkan makan sedikit sebelum keluar sembahyang. Manakala pada hari raya Haji, disunatkan menahan diri daripada makan sehingga kembali daripada sembahyang 

4. Disunatkan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan lain

 Sebagaimana hadis nabi " Al Bukhari meriwayatkan daripada jabi r.a, dia berkata : pada hari raya, Nabi s.a.w melalui jalan yang berlainan.

5. Makruh bagi imam melakukan sembahyang sunat sebelum sembahyang hari raya dan tidak dimaklumkan kepada orang lain selainnya melakukannya selepas terbit matahari.

Al Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: 

Nabi s.a.w keluar pada hari raya puasa lalu baginda sembahyang dua rakaat ( sembahyang hariraya). Baginda tidak melakukan sembahyang sebelum dan selepas sembahyang hari raya. 


No comments:

Post a Comment