Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you.
Showing posts with label mengaji quran. Show all posts
Showing posts with label mengaji quran. Show all posts

Quran homebased Johor Bahru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
To anyone out there who needs ustaz / ustazah for Quran recitation class (Iqra'), Arabic subject, Fardhu Ain and Tajwid, we provide students with a one-to-one session using home tuition,webex,zoom,skype in Bahasa Melayu or English. For Mr, Mrs, Brother, Sister who resides in Johor Bahru and nearby. No age limit! Please do not hesitate to contact me: Ana: 0137437641






Kelas Mengaji Online / Homebased Quran Learning Johor Bahru

Assalamualaikum
Hari ini PKP( perintah kawalan pergerakan) masuk fasa ke 3 saya sudah mulai terbiasa buat semua aktiviti dari rumah termasuk kelas mengaji. Idea mengaji melalui atas talian sebenarnya dari pelajar yang mana mereka ingin meneruskan tasme hafazan dan Talaqqi Al quran. Ada yang pakai whatsapp, skype, zoom serta macam-macam lagi aplication yang dipakai. Pelajar saya dari singapore bercerita pelajar sekolah sekarang semua learning online jadinya minta saya buat kelas learning online untuk mengaji. Sememangnya berjumpa terus dengan pelajar adalah lebih baik tetapi rasanya tidak salah selama PKP ini kita memakai teknologi yang sedia ada untuk memudahkan urusan kita. Walaupun mengaji diatas talian adab serta kesopan perlulah dijaga termasuk ontime dan bersedia seperti masa yang disepakati. Pakaian haruslah pakaian yang menutup aurat serta cara duduk haruslah sopan bukan berbaring jauh sekali meniarap. Masa-masa PKP ini adalah masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah dan meluangkan masa lebih dengan keluarga. Semoga kita semua dilindungi Allah dan di permudahkan urusan kita semua.
Sesiapa yang berminat menyertai boleh contact saya di talian : 0137437641. Kelas dalam group atau private. 
(Pelajar dari singapore memakai aplication skype)

Kelas bimbingan saudara baru /mualaf Johor Bahru

Assalamualaikum. Ada lagi ke yang singgah dan baca blog saya. Setelah lama tak update 
akhirnya dapat juga menulis. Saya sekarang menjadi pengajar saudara baru di Johor Bahru.  Apa yang saya boleh kongsi menjadi sebahagian dari mereka yang baru nak mengenali islam sangatlah seronok. Untuk yang baru nak mengenali islam atau sudah masuk islam kalau anda area Johor Bahru dan tak tahu nak tanya siapa atau tak sempat untuk ke pejabat agama boleh hubungi saya 013-7437641. Cuma kalau boleh hubungi masa normal. Kadang ada yang call pukul 3 pagi 😂😂.


Kelas saudara baru yang saya mengajar ini di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Johor. Pelajar cuma datang kelas serta ada elaun untuk pelajar. Bahan belajar nanti mereka sediakan cuma kena sabar sedikit kerana pelajar bukan cuma seorang. Kelas ada yang malam so kalau ada yang siang tak boleh datang boleh hadirkan diri pada kelas malam.

Mengaji Di rumah Johor Bahru

Assalamualaikum.
2 tahun genap saya mengajar mengaji , dari yang kanak-kanak hingga dewasa. kadang saya lagi suka ngajar orang dewasa walaupun lidah dah keluh,keras dan mungkin gigi dah tak ada tapi semangat nak belajar lagi tinggi dari saya yang nak belajar. 
Adakalanya masa untuk berehat tak cukup sebab saya mengajar seluruh Johor Bahru. Penat? yup memang penat tapi entahlah saya dah jatuh cinta dengan dunia mengajar nie,susah nak tinggalkan. Ahad sampai Sabtu saya ada kelas. sibuk mengalahkan orang kerja "opis" .
oklah selamat mengaji, nak puasa nie kalau perlukan guru mengaji boleh lah hubungi saya : 013-7437641