Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you. Don't worry. Be Happy, Allah is there for you.

BUY USED/OLD BOOKS IN JOHOR BAHRU

Do you have old bookschildren’s bookstextbooks, or loose paper sitting around unused?

Instead of letting them gather dust or throwing them away, sell them to us 



(Your books will be in good hand)

What We Buy:

  • School & university textbooks
  • Children’s books (storybooks, activity books, colouring books)
  • Novels (Malay, English & other languages)
  • Books in multiple languages
  • Magazines, encyclopedias, dictionaries
  • A4 paper, exam pads, old documents

Why Sell to Us?

๐Ÿš— We offer pickup anywhere within JOHOR BAHRU, KULAI, GELANG PATAH,NUSA JAYA,EAST LEDANG,PASIR GUDANG, PONTIAN,PEKAN NANAS

๐Ÿ“ฑ Contact us Call/Whatsapp :013-7437641  

https://wa.me/60137437641

Benefits:

♻️ Declutter your space & help the environment
๐Ÿ’ต Turn unused items into money
๐ŸŒฑ “Your old books, new knowledge for someone else

MEMBELI BUKU TERPAKAI JOHOR BAHRU



Hi semua Assalamualaikum 

Ada buku lama, novel, buku teks, atau kertas kajang yang dah tak digunakan?

Jangan buang! Kami SEDIA MEMBELI!

  • Buku sekolah & universiti
  • Buku Kanak-Kanak
  • Novel (BM & BI)
  • Majalah, ensiklopedia, kamus
  • Kertas A4, kertas kajang, dokumen lama

 Kami boleh datang ambil terus ke lokasi anda!

๐Ÿ“Seluruh Johor

๐Ÿ“ฑCall/ WhatsApp: 013-7437641

https://wa.me/60137437641

Kurangkan sampah dan selamatkan alam sekitar ♻️

“Buku lama anda, ilmu baru untuk orang lain.”


Adab-adab di Hari Raya

  Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi Adab-adab hari raya. Semoga perkongsian ini dapat memberi mamfaat. Sesiapa yang mencari guru mengaji atau fardhu ain boleh call atau wasap no 0137437641


1. Mandi dan memakai wangi-wangian serta memakai pakaian terbaru 

2. Disunatkan datang awal ke masjid pada pagi hari raya

3. Pada hari raya puasa disunatkan makan sedikit sebelum keluar sembahyang. Manakala pada hari raya Haji, disunatkan menahan diri daripada makan sehingga kembali daripada sembahyang 

4. Disunatkan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan lain

 Sebagaimana hadis nabi " Al Bukhari meriwayatkan daripada jabi r.a, dia berkata : pada hari raya, Nabi s.a.w melalui jalan yang berlainan.

5. Makruh bagi imam melakukan sembahyang sunat sebelum sembahyang hari raya dan tidak dimaklumkan kepada orang lain selainnya melakukannya selepas terbit matahari.

Al Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: 

Nabi s.a.w keluar pada hari raya puasa lalu baginda sembahyang dua rakaat ( sembahyang hariraya). Baginda tidak melakukan sembahyang sebelum dan selepas sembahyang hari raya. 


Quran homebased Johor Bahru

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ 
To anyone out there who needs ustaz / ustazah for Quran recitation class (Iqra'), Arabic subject, Fardhu Ain and Tajwid, we provide students with a one-to-one session using home tuition,webex,zoom,skype in Bahasa Melayu or English. For Mr, Mrs, Brother, Sister who resides in Johor Bahru and nearby. No age limit! Please do not hesitate to contact me: Ana: 0137437641






MENERIMA BUKU BARU TERPAKAI JOHOR BAHRU

Assalamualaikum
Usaha untuk melestarikan budaya membaca kami akan membuat satu projek membaca. Dialu-alukan kepada sesiapa saja yang ingin terlibat: sekiranya anda ingin menjual atau menyumbangkan buku koleksi berupa bahan ilmiah,komik,novel, buku agama, kitab, buku sekolah atau majalah boleh hubungi saya di talian puan Ana :0137437641. Kami boleh datang ke rumah puan/tuan untuk proses pengambilan. Sebelum covid kami membuka koleksi peribadi kami untuk sesiapa sahaja yang berminat atau memerlukan bahan bacaan untuk datang langsung ke tempat kami di Johor Bahru tetapi kerana pandemi yang berlaku sekarang maka aktiviti ini tidak dapat kami teruskan. Tetapi sekiranya puan dan tuan mencari bahan bacaan: nyatakan tajuk dan penulis kami cuba bantu dan tiada biaya dikenakan sekiranya puan/tuan ingin meminjam koleksi kami. Tetapi barang yang di pinjam wajib di kembalikan. Ini adalah usaha kecil kami untuk melestarikan budaya membaca di lingkungan kami. Kami berada di kempas jalan kempas lama johor bahru 


 

Kelas Mengaji Online / Homebased Quran Learning Johor Bahru

Assalamualaikum
Hari ini PKP( perintah kawalan pergerakan) masuk fasa ke 3 saya sudah mulai terbiasa buat semua aktiviti dari rumah termasuk kelas mengaji. Idea mengaji melalui atas talian sebenarnya dari pelajar yang mana mereka ingin meneruskan tasme hafazan dan Talaqqi Al quran. Ada yang pakai whatsapp, skype, zoom serta macam-macam lagi aplication yang dipakai. Pelajar saya dari singapore bercerita pelajar sekolah sekarang semua learning online jadinya minta saya buat kelas learning online untuk mengaji. Sememangnya berjumpa terus dengan pelajar adalah lebih baik tetapi rasanya tidak salah selama PKP ini kita memakai teknologi yang sedia ada untuk memudahkan urusan kita. Walaupun mengaji diatas talian adab serta kesopan perlulah dijaga termasuk ontime dan bersedia seperti masa yang disepakati. Pakaian haruslah pakaian yang menutup aurat serta cara duduk haruslah sopan bukan berbaring jauh sekali meniarap. Masa-masa PKP ini adalah masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah dan meluangkan masa lebih dengan keluarga. Semoga kita semua dilindungi Allah dan di permudahkan urusan kita semua.
Sesiapa yang berminat menyertai boleh contact saya di talian : 0137437641. Kelas dalam group atau private. 
(Pelajar dari singapore memakai aplication skype)

Kelas bimbingan saudara baru /mualaf Johor Bahru

Assalamualaikum. Ada lagi ke yang singgah dan baca blog saya. Setelah lama tak update 
akhirnya dapat juga menulis. Saya sekarang menjadi pengajar saudara baru di Johor Bahru.  Apa yang saya boleh kongsi menjadi sebahagian dari mereka yang baru nak mengenali islam sangatlah seronok. Untuk yang baru nak mengenali islam atau sudah masuk islam kalau anda area Johor Bahru dan tak tahu nak tanya siapa atau tak sempat untuk ke pejabat agama boleh hubungi saya 013-7437641. Cuma kalau boleh hubungi masa normal. Kadang ada yang call pukul 3 pagi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.


Kelas saudara baru yang saya mengajar ini di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Johor. Pelajar cuma datang kelas serta ada elaun untuk pelajar. Bahan belajar nanti mereka sediakan cuma kena sabar sedikit kerana pelajar bukan cuma seorang. Kelas ada yang malam so kalau ada yang siang tak boleh datang boleh hadirkan diri pada kelas malam.

Tak Bertudung Takut Hipokrit


Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka...
Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini...
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan"
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat...
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat...
Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik...
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok...
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut...
Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak...
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun...
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak...
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan...
Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya...
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi...
Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat...
Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la...
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas...
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam...
Lia: :(

Mengaji Di rumah Johor Bahru

Assalamualaikum.
2 tahun genap saya mengajar mengaji , dari yang kanak-kanak hingga dewasa. kadang saya lagi suka ngajar orang dewasa walaupun lidah dah keluh,keras dan mungkin gigi dah tak ada tapi semangat nak belajar lagi tinggi dari saya yang nak belajar. 
Adakalanya masa untuk berehat tak cukup sebab saya mengajar seluruh Johor Bahru. Penat? yup memang penat tapi entahlah saya dah jatuh cinta dengan dunia mengajar nie,susah nak tinggalkan. Ahad sampai Sabtu saya ada kelas. sibuk mengalahkan orang kerja "opis" .
oklah selamat mengaji, nak puasa nie kalau perlukan guru mengaji boleh lah hubungi saya : 013-7437641



Guru Mengaji (Ustazah/Ustaz) Home Tuition Johor Bahru


Assalamu ‘Alaikum wr wb 
Lama saya tak update blog semenjak buat part time mengajar masa untuk update blog tak ada. Sibuk untuk siapkan assigment sibuk kerja. tapi rasa bersyukur sebab boleh kongsi apa yang saya belajar. 

kepada sesiapa diluar sana yang memerlukan ustazah/ustaz kami menyediakan Kelas mengaji AlQuran (Iqra'), subjek arab ,Fardhu Ain dan Tajwid langsung ke Rumah Anda (home tuition) atau online..Bagi Tuan, Puan/Encik, Cik/Kakak, Abang yang bermukim di Johor Bahru dan sekitarnya. Bagi sesiapa yang berminat, silalah hubungi saya di talian whatsapp atau call  Ana : 0137437641  semoga Usaha dan ‘Amal baik kita dipermudah dan diterima oleh Allah SWT. Amin Ya Robbal ‘Alamin……






NAK BACA SATU CERITA TAK?

Assalamualaikum semua... cerita nie ana dapat dari kawan fb so selamat membaca...^_^

(ok macam biasa syarat utama anda dok bersila dulu..tapi ingat,bersila je boleh tau..menyiarap-menyiabung atau terlentang itu tak boleh k..hehe..)

Al kisahnya...ehem-ehem..bismillah..

10.00pm
Ada seorang pemuda yang sedang mengulangkaji pelajaran di dalam sebuah masjid itu telah dikejutkan dengan kehadiran seorang muslimah yang turut berada di dalam masjid itu..


PEMUDA: kamu, cepat keluar dari masjid ni..!
MUSLIMAH: maaf, tolong benarkan saya bersembunyi di sini..

PEMUDA: tapi tempat ni tak sesuai untuk kamu kerana jika rakyat tempatan melihat kamu di sini, maka mereka akan menuduh saya berlaku sesuatu terhadapmu. mereka juga akan mengeluarkan saya dari masjid ini dan akan menghalang saya untuk mengulangkaji.
MUSLIMAH: rusuhan berlaku disekitar kawasan, dan jika saya meninggalkan masjid, saya takut akan berlaku sesuatu terhadap saya..

Setelah mendengar penjelasan wanita itu, pemuda itu pun berkata..

PEMUDA: tolong duduk diam-diam di situ..! jangan bertanya jangan bergerak jangan buat apa-apa..! sementara saya study di sana..

10:30pm
Pemuda itu pun menyambung semula pelajarannya dengan hanya diterangi cahaya sebatang lilin di atas meja kecil yang terletak di tepi sudut di dalam masjid itu..sambil diperhatikan muslimah tadi yang dalam ketakutan..yang juga berada tidak jauh dari pemuda itu.



TIK TOK TIK TOK..
masa pun terus berlalu..
11:30pm..
12:30am..
01:30am..
dan berlalu lagi..
02:00am..
.
.
.
.
setelah masuk waktu subuh..

PEMUDA: rusuhan telah reda dan jalan di luar sudah selamat.mari saya tolong hantar kamu pulang..
MUSLIMAH: tapi saya takkan pergi..sehingga kamu mendedahkan kepada saya tujuan kamu meletakkan jari kamu pada nyalaan lampu(api lilin)

PEMUDA: kamu tidak perlu bimbang tentang semua itu..
MUSLIMAH: tolong jelaskan kepada saya, saya ingin sekali mengetahuinya..

PEMUDA: syaitan berulang kali berbisik di dalam hati saya.. supaya menyentuhmu.oleh sebab itu,saya terus
meletakkan hujung jari saya pada nyalaan api dan cara demikian saja dapat menyelamatkan saya dari melakukannya. apabila kamu tidak dapat menanggung kepanasan api dunia ini..bagaimana mungkin kamu dapat menanggung seksaan api neraka Allah di akhirat kelak..?? melalui rahmat-NYA saya dilindungi..


===========================================================================

ABI: minggu hadapan ada anak saudagar mahu meminangmu wahai anakku..
UMMI: iya suatu berita baik untuk kamu nak..

MUSLIMAH TADI: Ummi,Abi..saya tidak mahu berkahwin dengannya..saya berkeinginan berkahwin dengan seorang pelajar tertentu yang tinggal di dalam masjid itu.

UMMI: ada sesuatu berlaku terhadap kamukah wahai anakku..?
MUSLIMAH TADI: goyang kepala kemudian ''TAKLAH'' sambil tersenyum..


AKHIRNYA MEREKA BERKAHWIN KERANA ALLAH TELAH MENJAYAKANNYA.. :)

''seseorang itu dikahwinkan kerana 4 perkara; KECANTIKKAN,KEKAYAAN,KETURUNANNYA,dan AGAMANYA;kahwinlah kerana agamanya, nescaya kamu akan bahagia" HADITH


P/S: Ini cerita benar tapi ini bukanlah kisah saya.. >_<

Kecil tak selalunya ringan

Salam Semua...hope semua sihat selalu ...orang kadang salah faham dengan apa yang kita tulis. tak percaya?? cubalah... buat status yang baik-baik dilaman sosial lepas tu letak gambar yang elok-elok belaka nanti orang akan nilai kita seorang yang baik. Tapi kalau orang tu kenal kita luar dalam dia akan kutuk kita macam-macam. Padahal kita hanya ingin berbuat kebaikan walaupun itu hanya sebesar zarrah.

Ingatlah duhai manusia ...
kita bukan malaikat
yang sememangnya tak bernafsu
dan kita bukan syaitan
yang seluruh jiwanya dipenuhi nafsu
kita adalah manusia
yang tidak mustahil untuk lebih baik dari malaikat
dan lebih hina dari syaitan

jadi fahamilah
kenapa kita diciptakan ^_^..

ana ada satu cerita tentang seorang budak dengan Khalifah harun ar Rasyid:

 Ada seorang budak nie dye menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak terbakar. ketika melihat budak tersebut lalu khalifah bertanya, "mengapa kau menangis? " . budak itu menjawab, "aku takutkan Api neraka". lalu khalifah memujuk : " Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka".

ketika mendengar khalifah berkata demikian budak tersebut menjawab, "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut kelak hal yang sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukan??" mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis..


(gambar tak ada kaitan dengan cerita.. hehe..gambar sekadar hiasan)


*Ana tak pandai bercerita harap sampai apa yang ana hendak sampaikan. semua bermula dengan perkara-perkara kecil jangan terlalu leka bila buat dosa kecil kerana semuanya bermula dari "kosong".

Perkara-perkara yang menyebabkan Mandi Wajib




^_^ Perkara-perkara yang menyebabkan Mandi Wajib ialah ketika seseorang itu berhadas besar.

Di antara perkara-perkara yang termasuk dalam hadas besar yang menyebabkan wajibnya mandi ialah:

1.Keluar air mani
samada jaga atau ketika tidur.

2.Bersetubuh (
orang yang telah melakukan persetubuhan “ halal maupun zina” sama ada keluar mani atau pun tidak ).

3. Keluar darah haid.

4. Nifas (darah seorang wanita yang keluar selepas beranak)

5. wiladah (seseorang wajib mandi wajib semasa melahirkan anak, sama ada kering ataupun basah, hidup ataupun mati.)

6. Mati (iaitu orang yang meninggal dunia wajiblah ia dimandikan oleh orang yang hidup).

^_^  cara-cara mandi wajib:

1.     Membaca Bismillah dan mulakan dengan membasuh kedua tapak tangan serta mengambil wudhu' lebih dahulu sebelum mandi.
2.     Berniat. (maksudnya: Sahaja aku menmgangkat hadas besar semata-mata kerana Allah Taala)

Nota: Ketika berniat ialah ketika mencurah air ke atas kepala bagi kali yang pertama, ketika inilah masa wajibnya berniat) di dalam hati.

3.      menghilangkan najis dari anggota badan dan membasuh kemaluan dn bahgaiann sekelilingnya dan membersihkan celah-celah dan liptan kulit anggota tubuh badan hu dengan sempurna spt ketiak, celah kangkang dan perut pusat dan sebagainya

4. Meratakan air pada keseluruhan anggota badan hingga meliputi kepala dan rambutnya.

    J   Mendahului anggota yang kanan dari anggota yang kiri.

   
J   Mengulangi pebuatan itu sebannyak 3 kali.

   
J  Menutup aurat ketika mandi.

   
J  Wanita yang mandi wajib haid dan nifas hendaklah diiringi dengan meletakkan wangian (seperti wangian kasturi) di tempat keluar darah haid (lubang faraj).

5.Doa selepas berwudhu.

^_^Perbezaan Darah Haid Dan Istihadhah:

 รจ Darah Haid: iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan yang sihat bukan kerana sakit, luka atau cedera. Kebiasaannya apabila meningkat umur 9 tahun hingga 13 tahun. Tempoh lama haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam, menurut kebiasaan 7 hari 7 malam. Apabila lebih dari 15 maka itu bukan darah haid lagi tapi darah istihadhah.

รจDarah istihadhad: .ialah darah penyakit yang keluar dari faraj perempuan yang merupakana sejenis darah penyakit. Darah ini keluar dari rahim perempuan yang melebihi 15 hari dan malamnya atau kurang 24 jam dari tempoh haid dan nifas. Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan mandi wajib. Perempuan yang mengalami keadaan ini hendaklah membasuh, mengikat atau membalut tempat keluarnya dan berwudu’ setiap kali hendak mengerjakan shalat.

*Nota: perempuan yang haid dan nifas haram melakukan perkara yang wajib dan sunnah. Tetapi perempuan yang istihadhah boleh melakukan perkara yang wajib dan sunnah.



Semoga bermamfaat

Empat Isteriku


 
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. 
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.
 Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. 
Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya
ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini 
akan lari dengan lelaki yang lain.
 
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. 
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila 
pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang 
kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya 
melalui masa-masa yang sulit.
 
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang 
tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya 
namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
 
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya 
hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan 
berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku 
meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
 
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan
 menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang 
keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat 
menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
 
 
Empat Isteriku_____________________________________________________
 
 
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu 
sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan 
menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. 
Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri
 ketiganya itu.
 
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali 
mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali 
pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri 
kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. 
Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam
 yang indah buatmu."
 
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati
isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang
Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku
mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
 
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; 
 
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja
Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan
dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
 
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, 
semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita 
yang pernah memilikinya.
 
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. 
 
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita 
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
 Empat Isteriku_____________________________________________________
 Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu 
menolong kita diakhirat kelak.
 
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan

sampai kita menyesal kemudian hari!...

Cerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan





Satu cerpen yang menarik dan syarat dengan nilai-nilai kebaikan. Sebab tu aku rasa macam nak kongsi dengan korang semua...selamat membaca..(baca sampai habis tau)


Oleh Fatimah Busu

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.


"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"


"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang "

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"

"Kenal abah "

"Berapa orang ?"

"Empat "

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja yang lain tidak tahu."

"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.


"Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama."

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.


"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. "

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik ."

"Habis ?"

"Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.


"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik ."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif syarikat ."

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.


"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.


"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan diJamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.


"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu."

Krrrrrrrreeeeeeeeoo ooookkkk! !! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey ."

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini."

"Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg .."

"Masni Mas Mas mengucap mengucap Mas ."

"Aaarrrggg aaarrrggg ."

"Mengucap Mas ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah Laaaa ilaaa haillallah ."

"Laaaa ilaaaa ."

"Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah ."

"Laaa ilaaa ."

"Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah."

"Dia sudah tidak ada lagi dek "

"Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut "

"Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan " (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.


"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah ."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.


"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati


"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi

Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.

Allah Knows Best



• When you are tired and discouraged from fruitless efforts...
 ALLAH knows how hard you have tried. 


• When you've cried so long and your heart is in anguish...
ALLAH has counted your tears. 


• If you feel that your life is on hold and time has passed you by...
 ALLAH is waiting with you. 


• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side. 


• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution. 


• When nothing makes sense and you are confused or frustrated...
 ALLAH has the answer. 


• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you. 


• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you. 


• When something joyful happens and you are filled with awe...
ALLAH has smiled upon you. 


• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow...
ALLAH has opened your eyes and called you by name.


Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS BEST!!

Ya Allah, Ya Rabbi, teguhkan iman kami, Moga tabah hati tak berbelah bagi ^_^

Doa Minta Jodoh


Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.


Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.


Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.


Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,

dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,

maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,

maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,

Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,

Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian

Jodohkanlah kembali dia denganku…


Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).




Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).


Penjelasan:

Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.


Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.


Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.